Sunday, 15 November 2015

PAPAN MICKEY SPELL

PAPAN MICKEY SPELL digunakan untuk meningkatkan kemahiran membaca 1 suku kata dalam kalangan kanak-kanak prasekolah (KV).
Ianya juga boleh digunakan untuk kemahiran membaca 2 suku kata (KVKV)


Idea ini tercetus hasil daripada menonton rancang kartun (MICKEY MOUSE).


LANGKAH PERTAMA,

Saya telah membeli bahan-bahan untuk membuat papan ini.

Antara bahan yang digunakan ialah
- kertas keras (hitam)
- salotape
- marker pen bewarna merah dan hitam
- kertas lukisan (besar)/ kad manila

Selain itu, bahan yang digunakan untuk membuat kad huruf pula adalah
- kertas A4
- plastik laminate
- penebuk lubang
- gunting
- ring file

Bahan-bahan inilah yang telah membentuk PAPAN MICKEY SPELL saya.. :)


CARA-CARA MEMBUAT


Untuk melukis image Mickey, saya perlulah search image yang diingini. hehehe 




Kertas keras yang telah dibeli oleh saya... ^^




Saya perlu melukis gambar Mickey berpandukan kepada gambar yang telah dicari oleh saya di internet. 



tadaaaaaaa...ni la hasil lukisan saya... a'ah tak siap lagi tau...



Langkah seterusnya, saya perlu melukis gambar muka Mickey seterusnya pada kertas putih. Kemudian tampal pada kertas keras byang bewarna hitam. 



Seterusnya, gunting bahagian yang telah dilukis tadi (bahagian mata dan juga mulut)
- bahagian-bahagian ini digunakan untuk meletak kad huruf 




YAHOOOOOO!!! Done.... papan Mickey Spell kita pun siap! :) 






LANGKAH SETERUSNYA IALAH:

Membuat kad huruf ABC! 



Setiap huruf yang diprint hendaklah digunting kemudian masukkan ke dalam plastik laminate... ^^




Kad-kad huruf tersebut siap dilaminate oleh saya! heheheehe sekarang tggu nak gunting saja la... :)



BAHAGIAN DEPAN PAPAN

OH YESS!!! SIAP dah PAPAN MICKEY SPELL kita! :) Papan boleh digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. 




BAHAGIAN BELAKANG PAPAN


Dari sudut pandangan belakang papan! Pinggan kertas yang terdapat pada telinga PAPAN MICKEY SPELL adalah untuk menyimpan gambar atau bahan-bahan yang digunakan oleh saya... 



SEKIAN, TERIMA KASIH!

Untuk pengetahuan pihak tuan/puan..... PAPAN ini berjaya meningkatkan kemahiran membaca 1 suku kata kanak-kanak prasekolah di Sekolah X. 




Monday, 26 October 2015

TEMA : BUAH-BUAHAN

Aktiviti kali ni..saya nak share 1 aktiviti yang sangat menyeronokkan. Aktiviti yang dijalankan adalah mudah serta dapat meningkatkan kecekapan motor halus kanak-kanak. 


AKTIVITI : BUAH ANYAMAN

Aktiviti ini dilakukan oleh saya semasa praktikum 2.



1. Ist kita kena perkenalkan buah-buahan yang ingin diajar kepada murid-murid terlebih dahulu. 
2. Saya menggunakan buah epal dan juga ceri. 
3. Kemudian saya tunjuk cara bagaimana membuat buah anyaman tersebut. 



Murid melihat kepada cara-cara membuat buah anyaman dengan penuh perhatian. 


Kertas warna yang siap dipotong digunakan oleh saya. Hal ini kerana kertas warna menaikkan lagi kecantikan serta kekemasan buah anyaman tersebut. 



Murid-murid dibimbing oleh saya. 



NAAAAAH!!! Inilah hasil kerja murid-murid saya. Cantikkan. Bahagian yang bewarna putih diwarna dengan warna oleh murid. 


Hasil kerja murid telah dilekatkan di papan kerja. 

TQ. Selamat mencuba! <3



MURAL FOR ENGLISH CORNER

PROJEK INDIVIDU

MURAL FOR ENGLISH CORNER



Ucapan oleh ketua projek. Ong Chong Yee. Projek ini dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Taman Senangan, Butterworth, Pulau Pinang.



Setelah 1st base kami cat dengan warna putih, 2nd base dengan warna kuning cair. Selepas habis mengecat, kami melukis bunga seperti yang diingini oleh pihak sekolah. Kemudian warnakan dengan warna yang sesuai. 



TAAAADAAAA!!!! Hasil setelah 2 hari melakukan mural. Cantik kan...setiap bunga telah dilabel dengan nama yang sesuai. Contohnya seperti HIBISCUS, ORCHID, TULIP and RAFFLESIA. 



Selain itu, binatang lain juga dilabel oleh kami. Seperti BEE, BUTTERFLY, DRAGONFLY and FLAMINGO.



Ditaman bunga ini juga terdapat MUSHROOM. 




Inilah taman bunga kami. :) Dipenuhi dengan pelbagai bunga dan juga serangga-serangga yang kecil. 




LALUAN ENGLISH CORNER 
ini telah menjadi tumpuan murid-murid semasa waktu rehat.